Semua orang Malaysia terutama orang Melayu dan Bumiputra beragama Islam dan patriotik kepada bangsanya. Tidak kira latar belakang mereka tetapi bila kita melihat DSAI menggempur 901 dengan penuh kemungkaraan dan kemunafikan. Tidak dapat tidak semua Melayu yang patriotik kepada bangsa dan agama mereka harus bangun dan melawan kemunafikan DSAI. Kali ini bukan saya membenci DSAI tetapi saya sayang orang Melayu dan Bumiputra Islam yang menyokong DSAI secara membabi buta.
10 faktor yang disebut oleh YB Zulkifli Nordin diblognya yang mutakhir harus dijadikan panduan oleh semua Melayu Patriotik jika mahu memahami DSAI dengan lebih sempurna. Mahasiswa /siswi Melayu telah dipesongkan dengan pendedahan oleh balacai2 DSAI dengan faktor2 yang salah. Mereka ini tidaklah bijak didalam pengajian mereka dan hanya cukup makan saja untuk terus relevance di UPSI atau dimana2 IPTA. Orang2 Melayu yang sebegini yang akan merugikan negara kerana melabur dengan pemberian biasiswa atau PTPN. Akhirnya seperti melepas anjing tersepit.
Masih ramai orang2 Melayu sudah mulai lupa asal usul bapa mereka. Mereka ini ingat apa yang ada sekarang adalah hak mereka . Dengan hak ini mereka boleh buat sesuka hati dan berkata sesedup bibir tanpa mengetahui orang lain juga ada hak untuk melakukan sebaliknya.
Besok hari penetuan sejarah baru bagi Malaysia dan DSAI. Sejarah baru untuk PKR dan pengikut2 DSAI. Mereka bukan ahli2 PKR kerana mereka tidak sayangkan PKR tetapi mereka sayang pada DSAI. Apabila DSAI berjalan meninggalkan Mahkamah dengan penghakiman yang tidak mungkin ada ruang untuk rayuan atau penangguhan hukuman juga tidak dapat di layan oleh Hakim dan para Peguam Bela DSAI tergamam hasil dari kebodohan DSAI sendiri. Penjara Sg Buluh masih segar untuk menerima tetamu terhormat. Dinding dan bumbung akan mula berbisik sambil DSAI hanya dapat mendengar dan tiada lagi suara2 kemungkaran akan timbul.
Bagi orang2 Melayu Patriotik sejarah Sultan Mahmud mangkat di julang berulang dizaman Melayu moden. Tanpa pertumpahan darah perbuatan DSAI baik dari segi pemikiranya, kata2nya dan kelakuannya akan tersemat menjadi sejarah hitam bagi PKR and pengikut2nya. Bagi ahli2 PKR yang telah berhijrah kealam kenyataan dan kebenaran mereka telah mendapat pertunjuk. Bagi orang2 Melayu yang masih lagi menjadi ahli PKR termasuk penyokong PKR dari PAS terpaksa menjilat kata2 jijik mereka selama ini.
Segala fatwa2 yang dikeluarkan oleh PAS untuk menghalalkan DSAI akan menerima balasan dari Allah. Mereka mempermainkan agama Allah. Sesungguhnya ketua2 agama ini akan menerima balasan sebelum mereka kembali menemui Allah.
Fitnah2 yang direka tanpa fakta dan saksi akan dibukukan supaya orang2 Melayu yang bersifat PhD ini akan meraung dengan seribu penyesalan kerana menyedari kesalahan besar memfitnahkan saudaranya sendiri dan melindungi kumpulan2 munafik didalam PKR dan PAS. Nauzubillah.
Untuk bangsaku yang amat tersayang, lakukan sembahyang sunat selepas tengah malam ini agar hukuman setimpal keatas DSAI menjadi kenyataan pada 9.1.2011 sebelum jam 11.30 pagi waktu Malaysia.Doakan agar para Hakim yang mengendalikan kes liwat ini juga menjatuhkan hukuman kerana tiada ada kebenaran yang boleh disanggah hanya kebenaran yang nyata. Kerana kebenaran yang nyata maka DSAI perlu diberi penghormatan untuk melakukan solat Taubat Nazhuha di Penjara Sungai Buloh sepanjang masa .
No comments:
Post a Comment