Friday, 17 February 2012

Ke Arah Malaysia Yang Sempurna - Benteras Rasuah

Banyak Bloggers sekarang sibuk membuat banyak komen mengenai isu2 semasa terutama mengenai kepincangan ahli2 politik. Ada baiknya bloggers ini terus membongkar ahli2 politik yang rasuah tidak kira UMNO, PKR, DAP atau PAS. Anak2 muda sekarang juga penuntut di IPTA dan IPTS mempunyai persepsi yang ahli2 politik sangat korup, para pentadbir kerajaan JPJ, Kastam dan Polis tersangat korup. Satu tindakan bersepadu diantara Bloggers perlu melalukan sesuatu.

Kalau ditanya orang ramai yang selalu menjalankan urusan dengan JPJ mereka akan berkata pengawai2 JPJ makan rasuah. Kalau tanya pemamdu kenderaan (lori, bus dan kereta juga motosikal) mereka akan mengatakan Polis makan rasuah. Bagi mereka yang menjalankan urusan perniagaan expot dan impot Pegawai Kastam makan rasuah. Ini bukan satu tuduhan melulu tetapi inilah kata2 yang akn ditunding kerah mereka dijabatan kerajaan diatas dan juga Polis.

Kalau selalu berurusan dengan YB selalu kena beri habuan untuknya. Di Pejabat Daerah pegawai2 mereka cukup rasuah didalam pembahagian projek2 dan kontrak yang perlu dijalankan. Bos2 mereka pun sama. Kalau tidak yakin dengan kenyattan saya tanya kontraktor2 yang berurusan dengan mereka. Mereka pakai kereta kecil tapi kereta besar dibeli diatas nama ahli2 keluarga yang rapat. Mereka beli hartanah atau rumah banglo atau rumah kedai diatas nama proksi.

Bila masa mereka menerima suapan? Di padang golf, dikedai kopi, ditempat percutian di Medan, Jakarta, Bandung, London, Paris atau Honululu.Saya percaya apa yang saya katakan pihak SPRM tahu apa yang berlaku diJabatan berkenaan. Kalau nak tunggu repot dari orang awam sama seperti menunggu buah jatuh dari langit. Saya mencadangkan agar SPRM mengambil mereka yang berintigriti tinggi yang mempunyai pakar dibidang masing2 untuk memerangkap pegawai2 diJabatan kerajan dan Polis yang rasuah.

PM Najib tidak boleh dengan hanya membaca laporan SPRM tetapi SPRM mesti mempunyai rankaian yang strategik untuk melakukan sesuatu tindakan yang drastik. Masukan agen2 perisikan SPRM dijabatan2 kerajaan yang disebut diatas untuk jangka masa yang panjang tidak melebihi 3 tahun  untuk melakukan risikan dan perhatian yang rapi sambil bekerja dengan pegawai2 berkenaan. Perisik2 ini terpaksa bergaul dengan bos2 dijabatan tersebut dan apabila sudah mempunyai maklumat yang diperlukan mereka perlu membuat laporan kepada SPRM secara berkala. Dengan ini Jabatan2 ini di pantau sepanjang masa. Terlalu lama mereka bermaharaja lela.

Saya akan terus mebuat laporan di laman blog ini secara berkala bagi memberitahu raayat yang perihatin untuk bertindak. Jika tidak mempunyai kuasa untuk membenteras rasuah, pena ini akan menjadi senjata pemusnah untuk mereka2 diJabatan2 tersebut yang melakukan rasuah secara rakus. Kontraktor2 yang melakukan kerja2 diPejabat Daerah perlu tampil kehadapan untuk memberi maklumat.

Selamat berjaya didalam memerangi rasuah

No comments:

Post a Comment