Friday, 9 January 2015

MANUSIA CEPAT LUPA ALQURAN DAN KUASA ALLAH

Saya terpanggil untuk menulis dan berkata2 apa yang tersirat dihati dan terpendam selama ini memandang banjir besar dinegeri2 Pantai Timur - Kelantan , Pahang dan Terangganu.
Jika kita menoleh kebelakang sebelum tahun 2008 kita dapati UMNO masih dengan menteri2 yg rasuah, para Menteri UMNO terlalu sombong dan Pak Lah mantan PM tidak mendengar isi hati ahli2 UMNO sepert Tun M dan KJ menantu Pak Lah tersangat bongkak. Akhirnya BN tewas dengan teruk dan PR ( DAP, PKR dan PAS) melonjak populariti selepas PRU 12 pada tahun 2008. Seluruh UMNO marah pada Pak Lah, Tun M keluar UMNO dan UMNO sudah kucar kacir.Tak payah nak cakap dengan MCA yg ahli2nya kaum Cina menjadi pembelot.  Akhirnya Pak Lah terpaksa turun dan Najib pula menjadi PM. PRU 13 pada 2012 melihat lagi sekali BN menang tipis dan PKR dipenuhi angkara2 jahat oleh Dato Sri Anwar Ibrahim -( DSAI  Ketua Umum PKR yg tidak pernah dilantik secara Demokrasi). Lagi sekali BN memerintah. Tapi PKR buat hal diSelangor dan  DSAI mula rakus tetapi Allah maha berkuasa. Akhirnya ADUN Kajang di ganti dengan Datin Wan Azizah menggantikan wakil PKR yg diarah mengosongkan kurusinya. Denagn keputusan ini, DSAI mula menguji kekuasaanya dalam PR dengan rancangannya menyingkirkan MB TS Khalid Ibrahim. Kuasa Allah terserlah dengan PAS tidak menyetujui cadangan DSAI untuk Dr Wan Azizah dinobatkan menjadi MB. Akhirnya Azmin Ali dilantik MB Selangor yg baru. Tidak habis dengan itu perbicaraan liwat DSAI menemui penghujungnya dan kini menanti Mahkamah Rayuan Persekutuan memberi hukumanya. Ditambah lagi kucar kacir dalam PR bila Kelantan menghadapai banjir besar hampir seluruh Kelantan.

Dengan apa yg terjadi diatas itu bukan lagi satu ketentuan manusia tetapi Allah ingin memberi peringatan kepada Umat Islam diMalaysia agar kembali memahami pesanan Allah didalam Al Quran. Saya bukan lah pentafsir Al Quran tetapi membacanya berulang kali dan cuba memahami terjemahan dalam bahasa Melayu untuk diri saya.

1) Perkara yang tidak disangka2 menjadi kenyataan dan paling ditakuti oleh DSAI apabila Dato Shafaei mengetui pihak rayuan kes liwat Saiful Bukhari. Berlansung selama 2 minggu akhirnya keputusan dinanti2 tidak lama lagi. Tidak mungkin DSAI akan terlepas dari kesalahannya yang sudah terbukti dengan bukti2 yg jelas. Lagi pula DSAI adalah manusia yang memperomosi LBGT dan membenarkan perkataan Allah digunakan oleh Kristian. Mempermainkan Islam akan ditunjukan oleh Allah dengan bala menenanti dijatuhkan ketas DSAI.

2) Akibat ketaksuban PAS dan Ahli2 nya terutama di Kelantan sebelum PRU13 amat menjijikkan. Adik Nik Aziz ( Mantan MB Kelantan) telah membaca doa selepas sembahyang hajat yang diikuti oleh YBs PAS dan ahli2nya di Stadium Sultan Mohammad , Kota Baru, memohon kepada Allah agar menghancurkan UMNO , menjatuhkan PM Najib dan turun bala kepada umat Islam yang tidak bersetuju dengan Hudud dijalankan di Serambi Mekah , Kelantan. Akhirnya , Allah maha kaya. PRK diKelantan dan Terangganu yg telah diadakan melihat PAS tewas akibat penyokong PAS tidak lagi bersetuju dengan Nik Aziz dan Hj Hadi President PAS.
Tak cukup dengan itu PAS mengambil keputusan untuk tidak menyokong tuntutan PKR diSelangor untuk Dr Wan Azizah di nobatkan sebagai MB yg baru menggantikan TS Khalid Ibrahim. Pemimpin PAS mimpikan kerusi MB. Akhirnya Azmin Ali jadi MB dan kerusi EXCO untuk PAS dikurangkan. Ada YB PAS yg telah belot untuk terus menyokong YB Dr Wan Azizah untuk jawatan MB Selangor. Umbi perpecahan dalam PAS mula kelihatan.
3) PAS dengan jelas diberi peringatan jangan mempermainkan Islam kerana politik. Tetapi PAS tidak menghiraukanya dengan masih kekal dalam PR apabila DAP mencabar PAS untuk tidak mengimplementasikan  Hudud di Kelantan. Sebagaimana DAP menetang HUDUD bagitulah PAS tergesa2 hendak terus Hudud dijadikan undang2 . Tuhan maha kaya dan lagi maha mengetahui niat PAS yang sebenarnya.

Kesan dari angkara2 PAS dengan Islam iaitu menyokong DAP ( kafir) dan menjadi DAP sebagai ketua PAS di Penang dan Selangor dan berdiam diri dengan isu2 Islam dan Allah, hujan lebat yang tidak berhenti2 selama seminggu diKelantan dan Pantai Timur akhirnya hampir menenggelami Kelantan dan Kawasan2 PAS di Pahang. Banjir lumpur yg dahshat memaksa PAS Kelantan menjilat ludah mereka sendiri kerana sedar ini bala dari Allah. Alhamdullilah. PAS denagn YB Kelantan yang baru telah menukar cara kerja dengan UMNO BN Pusat. Kali pertama selepas PAS memerintah Kelantan lebih 2 abab memulakan langkah pertama duduk semeja dengan UMNO untuk berusaha membantu raayat Kelantan menjalani hidup seperti biasa. Sejarah Aceh dengan Tsunaminya, sejarah Kelantan dengan banjir lumpurnya  akan tercatit dalam sejarah perpaduan Ummah diMalaysia.
InsaAllah sebelum PRU 15, UMNO dan PAS dapat berkerja sama untuk erpaduan Ummah. Banjir lumpur adalah bala awal untuk memperingati PAS agar selalu berlaku jujur dengan Islam. Kaun Lut, Kaum Noh dan dan Kaun Add dihancurkan kerana mempermainkan hukum Allah. Ingatlah wahai PAS bala yang akan datang lebih basar sekalanya. Berpatah balik kejalan Islam dan perpaduan Ummah diutamakan bukan kedududkan dalam politik seperti Islam  yang diputar belit oleh Nik Aziz- Mantan MB Kelantan.  
  

Friday, 17 February 2012

Ke Arah Malaysia Yang Sempurna - Benteras Rasuah

Banyak Bloggers sekarang sibuk membuat banyak komen mengenai isu2 semasa terutama mengenai kepincangan ahli2 politik. Ada baiknya bloggers ini terus membongkar ahli2 politik yang rasuah tidak kira UMNO, PKR, DAP atau PAS. Anak2 muda sekarang juga penuntut di IPTA dan IPTS mempunyai persepsi yang ahli2 politik sangat korup, para pentadbir kerajaan JPJ, Kastam dan Polis tersangat korup. Satu tindakan bersepadu diantara Bloggers perlu melalukan sesuatu.

Kalau ditanya orang ramai yang selalu menjalankan urusan dengan JPJ mereka akan berkata pengawai2 JPJ makan rasuah. Kalau tanya pemamdu kenderaan (lori, bus dan kereta juga motosikal) mereka akan mengatakan Polis makan rasuah. Bagi mereka yang menjalankan urusan perniagaan expot dan impot Pegawai Kastam makan rasuah. Ini bukan satu tuduhan melulu tetapi inilah kata2 yang akn ditunding kerah mereka dijabatan kerajaan diatas dan juga Polis.

Kalau selalu berurusan dengan YB selalu kena beri habuan untuknya. Di Pejabat Daerah pegawai2 mereka cukup rasuah didalam pembahagian projek2 dan kontrak yang perlu dijalankan. Bos2 mereka pun sama. Kalau tidak yakin dengan kenyattan saya tanya kontraktor2 yang berurusan dengan mereka. Mereka pakai kereta kecil tapi kereta besar dibeli diatas nama ahli2 keluarga yang rapat. Mereka beli hartanah atau rumah banglo atau rumah kedai diatas nama proksi.

Bila masa mereka menerima suapan? Di padang golf, dikedai kopi, ditempat percutian di Medan, Jakarta, Bandung, London, Paris atau Honululu.Saya percaya apa yang saya katakan pihak SPRM tahu apa yang berlaku diJabatan berkenaan. Kalau nak tunggu repot dari orang awam sama seperti menunggu buah jatuh dari langit. Saya mencadangkan agar SPRM mengambil mereka yang berintigriti tinggi yang mempunyai pakar dibidang masing2 untuk memerangkap pegawai2 diJabatan kerajan dan Polis yang rasuah.

PM Najib tidak boleh dengan hanya membaca laporan SPRM tetapi SPRM mesti mempunyai rankaian yang strategik untuk melakukan sesuatu tindakan yang drastik. Masukan agen2 perisikan SPRM dijabatan2 kerajaan yang disebut diatas untuk jangka masa yang panjang tidak melebihi 3 tahun  untuk melakukan risikan dan perhatian yang rapi sambil bekerja dengan pegawai2 berkenaan. Perisik2 ini terpaksa bergaul dengan bos2 dijabatan tersebut dan apabila sudah mempunyai maklumat yang diperlukan mereka perlu membuat laporan kepada SPRM secara berkala. Dengan ini Jabatan2 ini di pantau sepanjang masa. Terlalu lama mereka bermaharaja lela.

Saya akan terus mebuat laporan di laman blog ini secara berkala bagi memberitahu raayat yang perihatin untuk bertindak. Jika tidak mempunyai kuasa untuk membenteras rasuah, pena ini akan menjadi senjata pemusnah untuk mereka2 diJabatan2 tersebut yang melakukan rasuah secara rakus. Kontraktor2 yang melakukan kerja2 diPejabat Daerah perlu tampil kehadapan untuk memberi maklumat.

Selamat berjaya didalam memerangi rasuah

Saturday, 28 January 2012

Anak Sungai Derhaka: Ahmad Maslan macam Hitler, ‘lidah bercabang’ dan.....

Anak Sungai Derhaka: Ahmad Maslan macam Hitler, ‘lidah bercabang’ dan.....: KUALA LUMPUR, 29 Nov — Pakatan Rakyat menyifatkan Umno kini bertindak seolah-olah macam Hilter dan “lidah bercabang” apabila Ketua Peneran...

Bila PKR memberi kupasan keatas komen Ahmad Maslan semua ayat2 yang digunakan tidak ada yang positif. DSAI komen tidak jujur dan tidak boleh diterima lagi oleh orang2 Melayu yang berugama Islam . Pembohongan DSAI sudah sampai ketahap yang serious. Jadi apa2 komen dari PKR boleh didengar sahaja dan tidak perlu diambil pusing.

Dalam kes NFC yang dijaja setiap hari terhenti bagitu sahaja sebab bukan kerana kebenaran kes tersebut tetapi Dato Sri Shahrizat ingin para pencacai PKR memahami apa erti kebenaran dengan menyaman mereka yang berkenaan RM100 juta. Kalau bukan PKR yang akan dikapankan mungkin Pn YB PKR akan diistihar muflis kerana tidak dapat membayar denda tersebut. Kalau benar sila pencacai PKR menyiarkan faktor2 yang bagi PKR dan PAS itu semuanya benar.

Saya yakin kebenaran akan timbul dan yang akan tenggelam dan lemas adalah pencacai PKR dan DSAI akan terasa terlalu rimas.

Sunday, 8 January 2012

Sejarah Hitam Politik Malaysia dan Politik Melayu

Semua orang Malaysia terutama orang Melayu dan Bumiputra  beragama Islam dan patriotik kepada bangsanya. Tidak kira latar belakang mereka tetapi bila kita melihat DSAI menggempur 901 dengan penuh kemungkaraan  dan kemunafikan. Tidak dapat tidak semua Melayu yang patriotik kepada bangsa dan agama mereka harus bangun dan melawan kemunafikan DSAI. Kali ini bukan saya membenci DSAI tetapi saya sayang orang Melayu dan Bumiputra Islam yang menyokong DSAI secara membabi buta.

10 faktor yang disebut oleh YB Zulkifli Nordin diblognya yang mutakhir  harus dijadikan panduan oleh semua Melayu Patriotik jika mahu memahami DSAI dengan lebih sempurna. Mahasiswa /siswi Melayu telah dipesongkan dengan pendedahan oleh balacai2 DSAI dengan faktor2 yang salah. Mereka ini tidaklah bijak didalam pengajian mereka dan hanya cukup makan saja untuk terus relevance di UPSI atau dimana2 IPTA. Orang2 Melayu yang sebegini yang akan merugikan negara kerana melabur dengan pemberian biasiswa atau PTPN. Akhirnya seperti melepas anjing tersepit.

Masih ramai orang2 Melayu sudah mulai lupa asal usul bapa mereka. Mereka ini ingat apa yang ada sekarang adalah hak mereka . Dengan hak ini mereka boleh buat sesuka hati dan berkata sesedup bibir tanpa mengetahui orang lain juga ada hak untuk melakukan sebaliknya.
Besok hari penetuan sejarah baru bagi Malaysia dan DSAI. Sejarah baru untuk PKR dan pengikut2 DSAI. Mereka bukan ahli2 PKR  kerana mereka tidak sayangkan PKR tetapi mereka sayang pada DSAI. Apabila DSAI berjalan meninggalkan Mahkamah dengan penghakiman yang tidak mungkin ada ruang  untuk rayuan atau penangguhan hukuman juga tidak dapat di layan oleh Hakim dan para Peguam Bela DSAI tergamam hasil dari kebodohan DSAI sendiri. Penjara Sg Buluh masih segar untuk menerima tetamu terhormat. Dinding dan bumbung akan mula berbisik sambil DSAI hanya dapat mendengar dan tiada lagi suara2 kemungkaran akan timbul.

Bagi orang2 Melayu Patriotik sejarah Sultan Mahmud mangkat di julang berulang dizaman Melayu moden. Tanpa pertumpahan darah perbuatan DSAI baik dari segi pemikiranya, kata2nya dan kelakuannya akan tersemat menjadi sejarah hitam bagi PKR and pengikut2nya. Bagi ahli2 PKR yang telah berhijrah kealam kenyataan dan kebenaran mereka telah mendapat pertunjuk. Bagi orang2 Melayu yang masih lagi menjadi ahli PKR termasuk penyokong PKR dari PAS terpaksa menjilat kata2 jijik mereka selama ini.

Segala fatwa2 yang dikeluarkan oleh PAS untuk menghalalkan DSAI akan menerima balasan dari Allah. Mereka mempermainkan agama Allah. Sesungguhnya ketua2 agama ini akan menerima balasan sebelum mereka kembali menemui Allah.  

Fitnah2 yang direka tanpa fakta dan saksi akan dibukukan supaya orang2 Melayu yang bersifat PhD ini akan meraung dengan seribu penyesalan kerana menyedari kesalahan besar memfitnahkan saudaranya sendiri dan melindungi kumpulan2 munafik didalam PKR dan PAS. Nauzubillah.

Untuk bangsaku yang amat tersayang, lakukan sembahyang sunat selepas tengah malam ini  agar hukuman setimpal keatas DSAI menjadi kenyataan pada 9.1.2011 sebelum jam 11.30 pagi waktu Malaysia.Doakan agar para Hakim yang mengendalikan kes liwat ini juga menjatuhkan hukuman kerana tiada ada kebenaran yang boleh disanggah hanya kebenaran yang nyata. Kerana kebenaran yang nyata maka DSAI perlu diberi penghormatan untuk melakukan solat Taubat Nazhuha di Penjara Sungai Buloh sepanjang masa .